Monday, January 17, 2011

Majlis Anugerah Q bagi tahun 2010 . .


 Majlis Anugerah Q Jabatan Perpaduan Negeri Kedah berlangsung pada hari Sabtu 15hb. Januari 2011 bertempat di Sungai Petani In, Sungai Petani. Lebih 1000 hadirin yang merangkumi seluruh Kawasan Rukun Tetangga di seluruh daerah di Negeri Kedah hadir pada majlis tersebut yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah Perpaduan Negeri Kedah Darul Aman, En. Saidi Bin Midin.

Majlis menjadi bertambah manis selepas Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan telah mendapat Anugerah Q bagi kategori Daerah Baling. Kepada semua murid, waris, para pegawai serta rakan dan taulan yang membantu saya Puan Suzuliana selaku Guru dan Puan Anisah Ismail selaku Penolong Guru di sini mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama anda dan memohon agar kita teruskan kerjasama ini untuk kebaikan dan kemajuan Tabika Kg. Seberang Pekan.

En. Saidi Bin Midin, Pengarah Perpaduan Negeri sedang menyampaikan sijil kepada Guru Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan Baling . . Puan Suzuliana Binti Morat . . 

Tuesday, January 11, 2011

Tenaga Pengajar Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan . .


Guru: Puan Suzuliana Binti Morat,
Kelulusan Akademik: Diploma Pra-Sekolah, Institut Perguruan Darul Aman.


Penolong Guru: Puan Anisah Binti Haji Ismail,
Kelulusan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia.

Wednesday, January 5, 2011

Pengenalan Dan Objektif Tabika . .


Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan diperkenalkan pada tahun 1994. Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun.
Tabika Perpaduan juga dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Di samping itu, tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman sesama sendiri.

Program Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai.
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan pengunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.

Selamat Datang 2011 . . . 1432 Hijrah . . .

Add caption
Selamat menjengah ke laman Blog TABIKAku Seberang Pekan . . .

Kehadiran 2011 bermakna kehadiran kanak-kanak baru di setiap kelas-kelas Tabika Perpaduan termasuklah di TABIKA PERPADUAN KAMPUNG SEBERANG PEKAN. Selamat kepada semua anak-anakku, selamat datang karenah baru, selamat datang ragam baru. Semoga mereka gembira dan sejahtera dan berjaya pada sessi persekolahan tahun ini . . . KNOWLEDGE WILL DETERMINE OUR FUTURE . . .

Sekian temui anda lagi di posting akan datang . . .