Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Hari Keluarga Tabika Perpaduan Kg. Seberang Pekan bagi tahun 2011 telah selamat dan jayanya dilaksanakan pada 14hb Mei 2011 yang lalu. Kepada semua AJPTP Tabika Kg. Seberang Pekan, RT Pekan Baling A dan para waris serta PPD Daerah yang menjayakan program tersebut diucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan. Semoga segala usaha kita diberkati Ilahi, insyaAllah. Mudah-mudahan aktiviti ini akan menjadi acara tahunan dan dapat lebih mengeratkan silaturrahim di antara kita.
Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menyediakan jamuan . . .
Pertandingan mewarna menyerikan lagi suasana Hari Keluarga Tabika Kg. Seberang Pekan . . .
PPD Tuan Haji Ishak Md Diah (tengah), Pengerusi AJPTP merangkap Bendahari RT Tuan Haji Ahmad Kamal (kanan) sedang beramah mesra dengan salah seorang waris . . .
Penyampaian cenderahati kepada anak-anak Tabika dan waris . . .
Kalau ada sumor di ladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi . .
Sekian.