Saturday, February 11, 2012

Bersama Upin dan Ipin . . .

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, pada hari ini 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak (Baru) telah berlangsung Karnival Keluarga Hidup Ber 'Makna' anjuran MAJLIS KANSER NASIONAL
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr Mashitah Ibrahim selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang turut juga dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak tadika di sekitar daerah Baling.



Majlis juga diserikan dengan kehadiran 2 ikon popular kanak-kanak iaitu Upin & Ipin serta berlangsung juga Pertandingan Mewarna serta beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang sangat menghiburkan para hadirin.




Pada kesempatan yang terhidang, anak-anak Tadika Perpaduan Kampung Seberang Pekan Baling juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam Pertandingan Mewarna serta beramah mesra dengan Upin & Ipin yang mereka temui secara 'live' yang mana sebelum ini sekadar menonton di tv sahaja.


Para guru dan waris juga kelihatan sangat teruja bertemu dengan Upin & Ipin.

Sekian, semoga berjumpa lagi . . .


Thursday, January 19, 2012

My New 2012 Session Kids . . .

For the first time I'm revealing my new lovely kids for the 2012 session and I wish they all will be happy and enjoying their schooling . . InsyaAllah . . 

Back from left to right: Hakimi, Aizat, Ikmal, Najhan, Haikal, Syafiq Iqwan and Akamal 
Middle left to right: Adib, Danish, Adam and Iqbal 
Front left to right: Naufal, Haziq, Saifullah, Badrul Aiman and Imran 


Back left to right: Izzatul, Nur Aina, Maisarah, Shazrina and Aimy Amiza 
Front left to right: Nur Ain Khaleesa, Nur Fatehah, Afiqah Aina, Najihah and Najibah

Thanks for supporting and visiting our Tabika blog page . .


Saturday, January 7, 2012

Gelagat Anak-anakku Di Minggu Pertama Persekolahan 2012 . .

Alhamdulillah . . semua pelajar nampak bersemangat pada minggu pertama persekolahan kali ini. Tiada yang membuat aksi 'home sick' atau menangis yang terlampau. Keseluruhannya nampak cerdik-cerdik belaka dan cepat menyesuaikan diri dengan aktiviti pembelajaran rakan-rakan yang baru mereka kenali. InsyaAllah mudah-mudahan ianya akan berterusan hingga ke akhir sesi persekolahan kali.





Selamat Datang 2012 . .

Assalamualaikum . .
Bertemu kita di tahun baru 2012 yang akan menjanjikan seribu cabaran dan dugaan. InsyaAllah sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah agar mendapat petunjuk demi menggalas tanggungjawab untuk agama bangsa dan negara tercinta . . MALAYSIA . .