Saturday, February 11, 2012

Bersama Upin dan Ipin . . .

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, pada hari ini 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak (Baru) telah berlangsung Karnival Keluarga Hidup Ber 'Makna' anjuran MAJLIS KANSER NASIONAL
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr Mashitah Ibrahim selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang turut juga dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak tadika di sekitar daerah Baling.



Majlis juga diserikan dengan kehadiran 2 ikon popular kanak-kanak iaitu Upin & Ipin serta berlangsung juga Pertandingan Mewarna serta beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang sangat menghiburkan para hadirin.




Pada kesempatan yang terhidang, anak-anak Tadika Perpaduan Kampung Seberang Pekan Baling juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam Pertandingan Mewarna serta beramah mesra dengan Upin & Ipin yang mereka temui secara 'live' yang mana sebelum ini sekadar menonton di tv sahaja.


Para guru dan waris juga kelihatan sangat teruja bertemu dengan Upin & Ipin.

Sekian, semoga berjumpa lagi . . .